25 November 2005

bila hujan turun..

Skrg ni selalu jer hujan Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling kita "Cuaca buruk je akhir2 ni ye.."

Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan? -Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
-Alahai, hujan laaagiiii -
Tiap-tiap hari hujan... susah la mcm ni
-Payah nak buat apa2 kalau hujan -Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan2 tu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat. "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit je senarai kebaikannya. Ada byk lagi.

Cuma ade terfikir, kenapa orang selalu bad mood bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Mcm biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Masa kat sekolah dulu, selalu perhatikan. Samada Khamis petang/malam, atau Jumaat subuh/pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang/malam Khamis atau Subuh/pagi Jumaat (masa tu duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat mcm tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Skrg ni, KL selalu hujan. Inilah masa utk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia2 di saat pintu2 langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik..

Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu2 fardhu Ain lain pun ada jugak) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana/lama mana nak diturunkan hujan. Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam.. pastu kita kata "Eii, masamnya buah ni!" kita kritik sapa tu? Kalau kita tak suka epal masam tu, lainkali beli epal merah. kalau dpt yg tak elok jugak, agaknya kita yg tak elok, sbb tu yg tak elok tak elok mai kat kita (leh terima ke?). Ini kena ngaji bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18) Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air tu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah "Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar utk peringatan kita. "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." Surah Hud : 123

p/s : ade sahabat yg anto sebenarnye..thanks fazli! jzkk..Tahniah! sahabat kat kedah tu dah jadi bapak semalam..Umar Sofiyudden bin Zawaria..boleh la ajak main bola lepas ni..tahniah juga kat sahabat yg dapat masuk gomen, harap keje rajin..lillahi ta'ala...

22 November 2005

aku hanya hamba biasa...

..syahdunye lagu ni, kebiasaan pagi aku akan bukak tv atau radio, pagi2 dengar motivasi tv3 pastu tazkirah KLFM, ntah silap tekan punat pagi tadi aku terbukak lak sinar harap2 bersinar hidup aku pagi2 ni...memang rasa bersinar2 pun lepas aku dengo lagu ni...rase semangat lak nak jadi macm umar tu..sape la kita nak banding dengan sahabat2 nabi yang memang dah dijanjikan Allah akan syurga..kaifa bina? masyaAllah, tepuk dada tanya iman...

:: Aku Hanya Umar ::
Sebelum disapa sinar iman,kau bagaikan singa yang mengganas,membunuh anak perempuanmu,tanpa rasa belas dan kasihan,dipandu hati sekeras batu,jahiliah yang menyesatkan.Bila nur al-quran menusuk ke jiwa,lunturlah segala keangkuhanmu,berubah dan beralih arah mu,terbentur segala kekejaman,menjadi wira miskin nestapa,membela yang tak berupaya.Tidurmu dirimbunan tamar,tenangmu tiada tercalar,berbantal lengan tanpa pengawal,berselimut embun keimanan.Di malam yang hening,meratap menyesali diri,pada dosa kealpaan,dibasuh dengan air mata,memohon keampunan tuhan.Engkau khalifah berjiwa hamba,mentadbir tanpa singgahsana,menghina diri dihadapan allah,kemuliaan diri manusia.Mulia hidup bersulam taqwa,mulia mati mu kau syuhada,pergi rohmu ke alam tinggi, terbang menuju ke syurgawi.Aku hanya seorang umar,kemuliaanku kerna islam,semua ke syurga kecuali dia,ku bimbangi dialah diriku.Hati sekeras batu,berubah menjadi selembut air,jadi teman kebenaran,jadi musuh kepada kebatilan.

21 November 2005

ngetest..

Alhamdulillah, ngetest pertama aku nak create blog nih..berape byk ngetest daaa...seingat aku dah byk blog aku ngetest tp xde yg best pun..kira ok kot yg ni...Insya'Allah pas ni safiukhwah.blogspot.com akan terus menjadi tempat aku nak sumbat ape2, hehe2..ble ke nih..ntah, ape2 aje lah!

teringat time mula2 belajar buat web dulu..seronok gak! sekarang, byk dah lupanye..sbb lame bebeno tak praktik..tp kemudahan dah byk sekang ni, oang tak de basic pun dah buleh ade web sendiri, guna template je, termasuk la aku..hehe2! tak pe nnt..sket2 ble la belaja ngan sifoo, hehe! aku tak tau mcmane nak bagi konsep blog ni..tapi aku kira ape2 pun boleh la..tak payah nak berkonsep2..asal isi&tujuannye tak menyalahi syariat udah la!...insyaAllah akan aku pastikan mende yg berfaedah dan bermanfaat je..


mintak maaf la, penggunaan bahasa tu mungkin tak berapa sesuai nampak kepasaran sikit, tak mencerminkan bahasa jiwa bangsa tul..bukan nak merosakkan bahasa, tp nak lebih kepada bahasa hati (dlm hati mane ade cakap bahase baku..) lagipun, senang sket nak luah pebende sekali pun..sape nak tau isi ati aku, boleh la baca blog ni! tak de sape nak baca pun, heh!

hajat dihati aku nak kongsi ngan seseorang weblog ni..some1 special, tunang aku la..rase nak kongsi ape yang aku rase, ape yang aku alami...ape yg aku pendamkan kat hati..bukan orang lain pun, orang yang akan hidup bersama aku hingga ke akhir hayat dunia&akhirat..ya Allah bahagiakanlah aku..Aminn..biar dia tau, orang yang bagaimana aku ini..yang tak berapa sangat nak marah, pemalu punye oang..pendiam (tak jugak..jumpa orang yg satu kepala riuh gak..)..terima ek seadanya aku ini..aku ni sebenonye payah nak terus terang, suka sgt pendam rase kat hati..kalu makan hati, sorg2 je..paling tidak pun nak luah pun ngan mak je..

opss..! byk nak cite sebenonye ni (aku cite kat sape ni..! ntah..), tapi memandangkan aku ni tgh bekerja..curi time rehat aku nak makan lak tu...wajib la aku berenti dulu..tunaikan tanggungjawab dulu! ok,..chau!

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban bi!

from : -fsbudi-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...