14 September 2009

MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KE-3




JABATAN KEMAJUAN ISLAM
MALAYSIA

MAJLIS ANUGERAH MEDIA ISLAM NEGARA (AMIN) KETIGA

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Augerah Media Islam Negara (AMIN) Kali ketiga seperti maklumat berikut:

Tarikh O7 Oktober 2009 M Bersamaan 18 Syawal 1430 H ( Rabu)
Tempat Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
Masa 8.15 malam

Tentatif Program:

Masa Program
8.15 malam Ketibaan dif jemputan
8.30 malam Ketibaan YB Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Haji Baharom (B),
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
dan YBhg. Datin Fatmawati binti Saidin
8.35 malam Ketibaan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia dan Y.A.Bhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor
8.40 malam Bacaan doa
Penyampaian Anugerah
Majlis Bersurai

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

11 September 2009

Ulama’ Yahudi Isytihar Puasa Untuk Halang H1N1

oleh Ibnuyaacob

shofar

Hari Rabu akan datang iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.

Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.

Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.

Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.

Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.

Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.

Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.

Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.

Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.

Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

Wallahu’alam …

P/S : Tidak semua Yahudi Ashkenazi memakan babi, kebanyakan golongan yang memakan babi ialah Yahudi imigran yang datang ke Israel dan Yahudi Kristian yang menetap di sana.

***********************************

firdaus menulis : Inilah salah satu kebesaran Allah, penularan penyakit ini semakin reda bila munculnya Ramadhan..berapakah catatan kematian di Malaysia sehingga kini dah masuk suku yg terakhir Ramadhan..boleh berfikir kah kita hikmahnya puasa?


09 September 2009

Hukuman syariah ikut jenayah, bukan jantina

Oleh Musa Awang

Islam tidak bezakan penjenayah lelaki dan perempuan kecuali dalam kes takzir

APABILA timbul polemik mengenai hukuman terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan minum arak, ada pihak mempertikaikan kenapa hukuman sebat dikenakan terhadap wanita menurut undang-undang Syariah sedangkan dalam undang-undang sivil, pesalah wanita tidak disebat.

Dalam Islam, tanggungjawab jenayah wanita sama seperti lelaki. Jika ketika jenayah dilakukan, wanita mempunyai kapasiti sebagai taklif, yakni ada daya sedar dan pilihan di samping baligh dan berakal. Islam tidak membezakan kedudukan antara wanita dan lelaki sebagai penjenayah, tidak kira sama ada jenayah membabitkan nyawa, tubuh badan atau harta.

Imam Syafie dalam kitab al-Umm menyebutkan: "Tidak ada khilaf ahli ilmu yang aku temui bahawa darah antara orang yang membunuh dan kena bunuh adalah sama jika mereka merdeka dan Islam. Apabila lelaki membunuh wanita dengan sengaja, dia akan dibunuh.

"Begitu juga wanita akan dibunuh apabila dia membunuh seorang lelaki. Tidak boleh diambil daripada wanita itu atau keluarganya sesuatu untuk diberi kepada pihak lelaki jika ia dihukum bunuh. Hukumannya seperti lelaki dalam kes membabitkan kematian."

Dalam ayat itu hukuman hudud terhadap penjenayah wanita tidak dibezakan dengan penjenayah lelaki. Firman Allah, "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, sebatlah mereka 100 sebatan" (An-Nur: 2). Wanita disebut dulu kerana pada waktu itu zina banyak dilakukan wanita terang-terangan. Ia juga amaran keras agar menjaga nafsu kerana nafsu wanita lebih kuat berbanding lelaki.

Dalam sejarah awal Islam, ada beberapa kes jenayah membabitkan wanita dihukum seperti lelaki. Antaranya ialah pembunuhan wanita mengandung oleh madunya.

Mereka ialah isteri lelaki suku Hudzayl. Wanita itu memukul madunya dengan batu dan kayu sehingga ia dan kandungannya mati. Apabila diadukan kepada Rasulullah, Baginda memutuskan wanita membunuh itu membayar ghurrah (ganti rugi) atas kematian anak dalam kandungan. Keluarganya pula diperintahkan membayar diyat kerana kematian si ibu.

Kes zina pertama terkenal dengan nama 'al-Asif' bererti pengambil upah yang dizalimi dan dibebankan dengan kerja yang tidak wajar dan jahat. Abu Hurairah dan Zayd Ibn Khalid meriwayatkan, seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah katanya: "Sesungguhnya anak lelaki saya mengambil upah kepada lelaki ini dan berzina dengan isterinya. Saya ingin menebus dosanya dengan memberi 100 kambing dan seorang khadam. Saya bertanya ramai ulama mengenai hal ini. Mereka memberitahu hukuman ke atas anak saya ialah 100 sebatan dan buang daerah setahun."

KESAN SEBAT CARA SIVIL:

Nabi SAW bersabda: "Demi Tuhan, aku akan memberi keputusan antara kamu mengikut apa yang ditetapkan kitab Allah. Seratus kambing dan khadam yang kamu tawarkan perlu dipulangkan. Sesungguhnya atas anak kamu 100 sebatan dan buang daerah setahun. Pergilah kamu wahai Unays dan tanyalah wanita berkenaan. Jika dia mengaku maka rejamlah dia."

Kes jenayah yang membabitkan wanita sama ada bunuh, zina mencuri atau murtad membuktikan Islam tidak membezakan hukuman antara penjenayah lelaki dan wanita. Asalkan si penjenayah faham erti perbuatannya, kesan dan akibat, berakal, baligh, pilihan sendiri dan niat jahat melakukannya.

Merujuk hukuman mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri, termasuk dijatuhkan terhadap Kartika Sari, walaupun ia hukuman takzir, fuqaha berpendapat kedudukan wanita dalam hukuman takzir tidak terkecuali.

Mereka boleh menjadi subjek kepada semua jenayah takzir. Pandangan fuqaha berasaskan prinsip persamaan kedudukan antara wanita dan lelaki dalam hal jenayah.

Hukuman pesalah wanita dalam kes takzir boleh berbeza dengan pesalah lelaki bukan atas sifat jantina, tetapi nilai khusus mengenai kesalahan dan hukuman takzir.

Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia

Sumber dari Berita Harian Online

08 September 2009

Tribute Allahyarham Ustaz Asri Rabbani



Ditindih atau paralisis?

Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?


APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) 'dihidupkan' kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.


RAKAN lama saya ini, Azam, sudah lama mengajak untuk bertemu. Katanya ada hal penting. Dia hendak mengadu tentang sesuatu yang mengganggu dirinya di rumah yang baru dua minggu disewanya di Gombak.

Katanya, rumah dua bilik yang disewa itu ‘keras’ dan dia sering diganggu ketika tidur. ‘Lembaga yang rupanya tidak jelas itu’ (seperti yang digambarkannya) akan menekan tubuhnya kuat di atas katil dan dia tidak boleh bergerak langsung. Hendak menjerit pun adakalanya tidak keluar suara.

“Banyak kali jadi macam tu. Aku tau ada ‘benda’ yang tinggal dalam rumah tu. Tapi sekarang aku dah tak takut. Cuma susah la. Aku asyik mengantuk di pejabat sebab tak cukup tidur,” ujar Azam, masih cuba berlagak berani.

‘Ah! Dari zaman asrama sampai dah umur 30, lagi-lagi cerita yang sama.’ Bisik hati saya.

Saya pun pernah mengalami kejadian yang sama, tapi tidaklah taksub sangat dengan menokok tambah cerita itu dengan kisah ‘tangan halimunan’ yang merayap di seluruh badan (seperti yang bersungguh-sungguh didakwanya).

“Betul! Aku rasa ada roh yang tak tenteram terperangkap dalam rumah tu,” sambung Azam. Malas hendak berhujah, anak mata hitam saya terus mencari langit.

Hinggalah saya mendengar penjelasan seorang rakan, Dr. Harris, yang mengulas tentang perkara tersebut dari sudut saintifik perubatan melalui penulisan dalam blog peribadinya. Nah Azam, cuba baca ini!

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.


Petikan dari Kosmo! Online

07 September 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...