06 January 2006

“BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA”

Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli dan kekanda PEKIDA, NGO, persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA, CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak, persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para persatuan sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.

Kita renung antara fakta-fakta berikut :-

· COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang produk mereka HALAL;

· Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

· COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap status halal produk mereka hingga ke hari ini;

· Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

· Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah Negara yang agama rasminya Islam;

· Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

· Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini? Bush...?

· Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

· Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat Islam.

BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.

Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.

“BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA”

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN

04 January 2006

Selamat Tahun Baru 2006!

orang ingat kalau gi klcc tu mesti nak sambut tahun baru, kan? nak tgk konsert "beruk tunjuk langit" tu....isk2! tapi bukan semua yg dtg tu mcm tu! kat KLCC pun ade alternatif nak sambut bende2 mcm ni..tak salah kalau wadahnya betul, caranya juga betul..kalau teringin nak merasa kedinginan malam KL sambil menyambut tahun baru ade pilihannye..kat sane pun ade program2 alternatif forum, persembahan nasyid (Hijjaz, Wadi al-Jadid, & tak ingat group budak sekolah mane ntah...) pun ada, pilih je..mlm tu aku dok tergolong dlm golongan minoriti (golongan mesjid hehe..), tak ramai yg minat bende baik mcm ni..dalam puluhan ribu yg mai KLCC ni, aku rase seribu pun tak smp..kerusi yg diorg sediakan tuk forum mlm tu pun tak penuh, yelah aku dok kat tangga mesjid mana nak penuh! berbanding lautan manusia kat luar masjid sane...

nak ceritanye berapa hari sebelum tiba tahun baru, aku & akhi zul ni dah plan nak sambut gak, tp.....dengan cara tersendiri..sebelum tu, pernah dengar PERKID (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor)..tak? byk kali dengar diorg buat operasi mencegah maksiat..diorang ni mmg famous selepas pendedahan demi pendedahan berani ttg gejala maksiat belia masakini kat taman2..sape yang baca Majalah Mastika tau la, meremang bulu roma bacenye..kalau time celebrate yg besar2 (merdeka, tahun baru..) ade la diorang ni buat operasi...yg bagusnya diorg ni volunteer! kira2 malam tu aku nak jadi volunteer PERKID la, sama2 nak cegah maksiat nak laksanakan projek nahi munkar..niat tu dah lama terbit masa akhi zukhi ajak aku time national day sebelum ni tp, tak kesampaian jugak...

malam tu juga, niat masih tak kesampaian nak join diorang, disbbkan kekurangan maklumat..yelah, main serbu je..tp, Allah kabulkan projek nahi mungkar kami, sebab masih ada golongan yg tak mahu melihat kemungkaran berleluasa di muka bumi ini..program ni anjuran sebuah parti politik, tak mengapalah politik pun..asalkan niat nak mencegah tu ada..berbanding dengan tak buat apa2 langsung! serba-sikit mlm tu aku belajar bagaimana nak menghilangkan rasa tebal muka apabila berurusan dengan "client" (mad'u) yg bermcm2 ragam & perangai ni..perkataan tebal muka (muka seposen..)ni aku timbulkan sbb terpandang seorang volunteer mlm tu memakai t-shirt bertulisan "kami tak tebal muka, utk mencegah maksiat.." lebih kurang gitulah maksudnya..tabik la kat volunteer ni, sambil edar risalah (tugas mlm tu, kalau tak mampu nak slow talk kat mad'u, edar pun takpe..) jadi semakin bersemangat la aku nak menipiskan muka buat keje ni..pekerja da'wah mlm tu sekitar 200-300 orang berbanding puluhan ribu manusia alpa..

nak dipendekkan cerita, program mlm tu tamat pada sebelum 12 mlm disbbkan risalah yg tidak mencukupi.. tp usaha da'wah itu tidak mungkin berakhir di situ sahaja..dengan harapan supaya lebih ramai volunteer yg akan tampil meneruskan usaha murni..aku pulang selepas menikmati keindahan percikan bunga api live..yg ntah berapa kos telah dihabiskn hanya utk memberikan keseronokan yg tak sampai 10 minit tu! (mata aku terpana juga melihat keindahannya..)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...