22 October 2009

Wacana Penghayatan Islam


Mamak..oooo..Mamak!

Ini kisah Restoran Mamak. Kita selalu makan kedai mamak..mana-mana tempat ada tersedia kedai mamak..al-maklum, Restoran mamak di buka 24hr, senang..semua bangsa boleh masuk..Melayu, Cina, India dan sebagainya..lagi disedia wifi, astro siaran langsung bolasepak live lagi, servis tip-top..

Saya harap pandai menilai. Selepas anda baca ia menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk menapis segala apa yang baik atau buruk, lagi baik sediakan penapis yang paling halus, serbuk pun susah mau lalu..sendiri mau ingat!

Nak sebar salah, tak sebar pun rasa serba salah..harap tak menjadi satu fitnah hendaknya..

Beberapa kisah suka duka pelanggan restoran mamak..

Kisah 1 : Ini satu lagi kisah benar pasal mamak ni. Ianya berlaku di PRECINT 9, PUTRAJAYA dekat Avon..Seorang makcik ni lalu belakang kedai mamak ni. Dia nampak mamak ni na la punye tengah menguli tepung. Kalau uli dengan tangan takpe jugak.

Ini dia uli dengan KAKI!!. Eeee uwekkks. Kedai mamak kat situ ada 2. Satu pekerja2 dia pakai apron merah, satu kedai lagi apron putih. Yang makcik tu nampak ialah di kedai pekerja2 yang pakai apron putih.

Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan kebanyakan mamak ni pengotor. So sendiri mahu ingatlah ye. Seelok-eloknya elaklah makan di kedai yang diragui kehalalannya. Banyak lagi kedai melayu.. Kedai melayu pun ada jugak jual roti canai dan teh tarik.

Kisah 2 : Untuk pengetahuan semua, beberapa bulan yang lalu saya juga terperasan ketika tengah makan di salah satu kedai MAMAK depan apartment tempat saya tinggal di PUTRA PERDANA PUCHONG..Saya ternampak salah sorang pekerja dalam kedai mamak buat kerja2 kat dapur dan tiba2 keluar dukung anak ANJING lepas kat luar kedai then masuk ke dapur balik.

Terus saya berhenti makan dan tanya pekerja tu.. You ISLAM? Dengan takut2 dia jawab saya Hindu tapi BOSS saya ISLAM. Saya suruh dia panggil BOSS dia and BOSS dia datang minta maaf. Saya cakap "maaf kepala hotak you!!!"

Saya tanya dia "you ISLAM???" Dia jawab ya! Saya bayar dan terus blah. Sejak hari tu aku dah tak jejak lagi ke kedai MAMAK! Yang aku marah sangat kat kedai tu ada frame Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar-besar.

Baru aku perasan tak semua MAMAK tu ISLAM, RAMAI PEKERJA HINDU dan tak semestinya ada Ayat Qursi + ALLAH & MUHAMMAD besar -besar tu HALAL..dan RAMAI yang ISLAM selamber je makan... So yang tak perasan lagi berhati2 !!!

Rosmi Subject: AWAS DAN BERHATI-HATI KALAU NAK MAKAN DI KEDAI MAMAK....!!! ! !

Kisah 3 :

Restoran Mamak DI ALOR SETAR . Di suatu ketika dahulu.....kami ada membuat satu program di salah satu hotel di tengah bandaraya Alor Star. Kami menjemput seorang ustaz dari Majlis Agama untuk membacakan do'a pembuka tirai. Kebetulan ustaz itu diberikan kerusi sebelah dengan saya dan kami pun berbual2. Ustaz itu meminta saya menyampaikan kepada kawan2 muslim dan muslimat akan satu perkara yang menghantui hati dan perasaannya, iaitu pihak Majlis Agama telah menjalankan siasatan dan serbuan dan mendapati bahawa SEMUA KEDAI2 MAMAK DI ALOR STAR DAN SEKITARNYA ADALAH 'CONFIRM' HARAM UNTUK KITA MAKAN DIDALAMNYA Kerana TAUKE2 CINA ADALAH PEMBEKAL AYAM kepada restoran2 mamak tersebut!

Terkejut! Saya bertanyakan kepada ustaz itu .... mengapakah perkara ini, dgn kuasa yang ada pada Majlis Agama, tidak disebarkan kepada umum? Jawapan ustaz ... mamak2 tu telah mengikat kontrak bekalan ayam dengan tauke2 cina dan sekiranya Majlis Agama membuat tindakan drastik dan kontrak bekal ayam terjejas maka tauke2 akan saman mamak2 dan mamak2 pula akan saman Majlis Agama......" Permintaan ustaz, "Tolonglah anta sebarkan kepada kawan2! Itu sahaja yang ana mampu"

Kisah 4: Shahril wrote:RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABD RAHMAN

Kisah Benar-Nasi Beriani-Assalamualaikum. Last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR... Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai. Lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member. Nak dijadikan citer......kawan saya ni ternampak bekas nasi beriani yang digunakan disaluti dengan SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH.. TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH....apa lagi........ dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........ . sampai kat opis.... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi......

Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga, dekat2 dengan kedai2 handphone tu.....

Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada d ua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...!

Tengok pada dua orang India/Mamak tu.... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30 , mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi...??? MAMAK ISLAM KE TU??

Lagi 1 sesiapa yang selalu ke pasar PUDU , ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO . Kat situ ra mai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati. Sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!! Kenapa tak mau susah sikit, cross jln. Kenapa makan makanan yang was-was macam tu???

Kisah 5 Restoran mamak SHAH JAHAN MAJU di SETIA WANGSA . Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah NAJIS yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit). Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00.. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut.

Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik

Pengalaman saya buat audit kat kedai mamak.........nama kedai melambangkan islam.... tapi pada hakikatnya TIDAK..... ini kerana apabila di selidik mengenai baucer bayaran rupa-rupa kebanyakan barang mentah dibeli dari supplier bukan islam termasuk AYAM . AYAM dibeli dari supplier cina.......JADI PIKIRLAH SEBELUM ANDA MAKAN DI KEDAI MAMAK...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ANDA TIDAK AKAN MATI SEKIRANYA TIDAK MAKAN DI KEDAI MAMAK..........

RESTORAN MAMAK MILIK PENGUSAHA ISLAM

KUALA LUMPUR 6 April - Sebahagian besar daripada ribuan restoran India Muslim atau lebih popular dikenali sebagai restoran mamak di negara ini masih dimiliki oleh pengusaha beragama Islam, menurut salah seorang usahawan restoran terkemuka hari ini.

Sirajudin Y. Mohamed Mydin (gambar), Pengarah Urusan Restoran Pulau Pinang Kayu Nasi Kandar, yang mempunyai 15 restoran di seluruh negara, berkata laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa rata-rata restoran mamak tidak lagi dimiliki oleh orang Islam adalah ``tidak berasaskan kepada fakta''.

``Saya menafikan bahawa rata-rata restoran mamak di negara ini telah tergadai ke tangan bukan Islam, termasuk dimiliki oleh Ah Long-Ah Long atau ceti haram seperti yang dilaporkan,'' katanya kepada Bernama.

Beliau berkata laporan itu telah menjejas dengan teruk imej restoran-restoran mamak kerana menurutnya, sebahagian besar tidak tergadai sebaliknya mencapai kejayaan cemerlang dari sudut komersial.

``Laporan itu adalah di luar konteks apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin ada beberapa restoran yang berpindah milik atas sebab-sebab tertentu tetapi saya berani mengesahkan majoriti masih dimiliki oleh orang-orang Islam,'' katanya.

Sirajudin berkata, Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mempunyai lebih 2,000 ahli dan setahu beliau tidak berlaku pemindahan milik yang berleluasa seperti yang dilaporkan.

Akhbar itu menyebut Presiden Presma, Jamarulkhan Kader sebagai berkata walaupun daripada mata kasar perkembangan restoran India Muslim di negara ini semakin pesat, banyak daripada mereka kini hanya tinggal nama sahaja kerana ia mula tergadai kepada orang bukan Islam.

``Mungkin tidak dinafikan ada sesetengah daripada restoran yang menghadapi masalah telah dipindahmilik tetapi untuk mengatakan rata-rata telah berpindah milik adalah suatu perkara yang tidak logik'', katanya.

Katanya, salah satu ciri perniagaan restoran mamak di negara ini ialah para pemilik berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan restoran masing-masing dan ini boleh dilihat dengan transformasi mereka kepada restoran-restoran berbentuk moden.

- Bernama

20 October 2009

Jom Ke Karnival Wanita..24/10/09

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yg tinggal di kawasan Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan lain2 yg x jauh dari Bangi (yg jauh2 nk dtg pun silakan..) Jemput dtg beramai2 memeriahkan hari “Karnival Wanita & Keluarga” anjuran ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) cawangan Hulu Langat.

Maklumat program seperti di bawah:-

Tarikh : 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Tempat : Masjid Al Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
Masa : 8.30pagi – 1.00tgh

“Ahlan Wasahlan”

14 October 2009

Harga Emas Capai Paras Tertinggi

HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.

Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.

Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.

“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.

Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.

Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.

Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain.

The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.

Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC), termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.

Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.

Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.

Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.

Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. - AFP

sumber: BERITA HARIAN

******************************************************
p/s : Semakin hari semakin tinggi gamaknya harga emas ni..baru posting pasal emas semalam..tak boleh tunggu ni..kene bertindak sekarang..

Malam ni ada kelas pasal pelaburan emas..rasa macam nak pegi..tapi tinggal hp lak kat rumah..huhu..harap2 ada la tempat lagi..

Tempat : KL Branch
Public Fine Gold International Sdn Bhd
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)
Mentari Business Park,
Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel: 03-5634 8999
Fax: 03-5634 1916

Tarikh: 14 Oct 2009 . Rabu
Masa : 8.00 mlm - 10.30 mlm

Bayaran : Percuma

Sila bawa Pen, Kertas, Video Camera, Digital Camera & Tape Recorder

Anda boleh bawah pasangan bersama, kawan-kawan dan kaum keluarga
mari kita berkongsi ILMU tentang perniagaan emas ini

Tempat adalah terhad
sila Daftar untuk datang....sms Nama / Alamat kepada 019-6645066

13 October 2009

Emas..oh..Emas...Bila nak beli? Jangan tangguh2..

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.

Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.

Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.

Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.

Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.

Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.

Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.

Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.

Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.

Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.

Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.

Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.

Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.

Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.

Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.

Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).

Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.

Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.

Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

*************************************************

Sedikit pengalaman saya mengenai emas..timbulnya kesedaran pelaburan emas selepas menjadi subscriber blog jutawanemas.com pada tahun lepas..kerap kali mendapat emel dari saudara Shukor..selepas itulah saya semakin bersemangat nak tahu tentang pelaburan emas..

Sebelum raya saya ada berbincang dengan zaujah tentang pembelian Dinar Emas guna duit raya anak-anak, daripada terperap dalam bank begitu sahaja..bagus juga untuk pelaburan jangka masa panjang..tangguh punya pasal, terlepas peluang nak beli time rendah sikit..sehari selepas balik raya tgk harga emas sekitar RM110/gram gitu, lebih kurang selang seminggu lepas tu dgr berita harga kat tv3suku emas meningkat 26% dalam tempoh 6 bulan..iaitu harga sekitar RM115/gram (lebih kurang tak ingat)..mengikut kiraan kalau sekeping dinar emas (ketulenan 916) bersamaan dengan

4.25gram x RM110=RM467.50 (sebelum naik)

4.25gram x RM115=RM488.75 (selepas naik)

keuntungan kalau jual la..RM21.25 (belum ditolak spreadnya)

boleh tahan jugak..ini kali kedua terlepas peluang, kali pertama semasa emas turun tak silap bulan 10/2008 yang lepas (masa tu mata wang USD tengah mencanak naik, harga minyak turun sehingga paras usd40 setong)..harga emas time tu tak silap bawah RM90/gram.

Mengikut sifu-sifu pelaburan emas ni, kalau nak beli emas, beli je terus..tak payah tunggu harga turun, baru nak beli..kalau pandai baca pergerakan tu ok jugak, tgk carta..

Apa-apa pun, jangan tangguh untuk beli emas..mulakan pelaburan dari sekarang...ada rezeki tambah sikit2...

Formula : emas naik, minyak naik, usd turun..(betul ke?)

Pautan menarik ingin dikongsi bersama:

· http://www.jutawanemas.com (info tentang pelaburan emas, mesti baca!)

· http://publicdinar.com.my (tempat beli Dinar Emas)

p/s: Ini bukan blog pelaburan emas, tapi sekadar berkongsi pengalaman tentang emas..

09 October 2009

Salah tentukan kiblat ikut arah matahari terbenam

Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di Kota Bharu hari ini.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK), Jabatan Mufti Kelantan (JMK), Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

"Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

"Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya. BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...