08 February 2010

Orang Arab fasih loghat Kelantan



Sebenarnya tak pelik sekarang ni bila bangsa asing boleh berbahasa melayu apatah lagi berloghat kelantan. Sheikh arab ni belajar bahasa melayu dalam loghat kelantan dalam masa 9 bulan sahaja. Setiap hari dia menghafal 10 perkataan disamping bergaul dengan rakan2nya yang berbangsa melayu. Tak mustahillah bagi kita nak belajar bahasa asing juga dengan kaedah ni. Faktor suasana pun memainkan peranan penting juga.

Nama sebenarnya sheikh ni ialah Sheikh Mohamed bin Abdel Aziz Mahmoud Ghonim, beliau merupakan Ahli Majlis Fatwa Mesir termuda dalam sejarah iaitu dilantik pada usia 23 tahun. Beliau berkhidmat di Jabatan Mufti, Cawangan al-Azhar di Tanta, sebuah negeri yang terletak 100km dari Kaherah. Hebat bukan! Bukan sebarang orang boleh dilantik menjadi Mufti ni. Dianggarkan 30,000 permohonan setiap tahun untuk menjadi mufti di Mesir bagi mengisi kekosongan jawatan di seluruh jajahan tanah Arab. Tetapi yang layak dipilih hanya 360 orang sahaja. Itu yang saya kata hebat..

Untuk bergelar mufti atau ahli fatwa ni bukan mudah. Sungguhpun bukan gelaran yang dicari. Imam Ahmad Ibn Hambal r.a. menyebut bahawa tidak sewajarnya seseorang mengangkat atau menawarkan dirinya untuk berfatwa sehinggalah terdapat pada dirinya lima perkara:
  1. Mempunyai niat kerana seseorang yang tidak mempunyai niat tidak akan mendapat cahaya (petunjuk) pada dirinya dan tutur katanya.
  2. Merupakan seorang yang mempunyai ilmu, sifat kasih, lemah lembut dan penyabar serta memilki ketengan jiwa.
  3. Mempunyai keyakinan yang teguh dengan tugas dan pengetahuannya.
  4. Keperluan hidupnya mencukupi (al-kifayah) dan tidak bergantung kepada orang lain. Jika sebaliknya mufti akan mudah dipengaruhi oleh orang yang berkepentingan.
  5. Mengenali manusia, iaitu mempunyai maklumat dan pengetahuan yang cukup tentang adat istiadat dan selok belok kehidupan menusia sekitarnya. Dia juga mengetahui secara praktikal maslahat mustafti, begitu juga mengenai helah-helah orang yang bertanyakan fatwa, kerana tidak semua pertanyaan fatwa itu bertujuan untuk mendapatkan jawapan berupa fatwa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...