04 January 2006

Selamat Tahun Baru 2006!

orang ingat kalau gi klcc tu mesti nak sambut tahun baru, kan? nak tgk konsert "beruk tunjuk langit" tu....isk2! tapi bukan semua yg dtg tu mcm tu! kat KLCC pun ade alternatif nak sambut bende2 mcm ni..tak salah kalau wadahnya betul, caranya juga betul..kalau teringin nak merasa kedinginan malam KL sambil menyambut tahun baru ade pilihannye..kat sane pun ade program2 alternatif forum, persembahan nasyid (Hijjaz, Wadi al-Jadid, & tak ingat group budak sekolah mane ntah...) pun ada, pilih je..mlm tu aku dok tergolong dlm golongan minoriti (golongan mesjid hehe..), tak ramai yg minat bende baik mcm ni..dalam puluhan ribu yg mai KLCC ni, aku rase seribu pun tak smp..kerusi yg diorg sediakan tuk forum mlm tu pun tak penuh, yelah aku dok kat tangga mesjid mana nak penuh! berbanding lautan manusia kat luar masjid sane...

nak ceritanye berapa hari sebelum tiba tahun baru, aku & akhi zul ni dah plan nak sambut gak, tp.....dengan cara tersendiri..sebelum tu, pernah dengar PERKID (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor)..tak? byk kali dengar diorg buat operasi mencegah maksiat..diorang ni mmg famous selepas pendedahan demi pendedahan berani ttg gejala maksiat belia masakini kat taman2..sape yang baca Majalah Mastika tau la, meremang bulu roma bacenye..kalau time celebrate yg besar2 (merdeka, tahun baru..) ade la diorang ni buat operasi...yg bagusnya diorg ni volunteer! kira2 malam tu aku nak jadi volunteer PERKID la, sama2 nak cegah maksiat nak laksanakan projek nahi munkar..niat tu dah lama terbit masa akhi zukhi ajak aku time national day sebelum ni tp, tak kesampaian jugak...

malam tu juga, niat masih tak kesampaian nak join diorang, disbbkan kekurangan maklumat..yelah, main serbu je..tp, Allah kabulkan projek nahi mungkar kami, sebab masih ada golongan yg tak mahu melihat kemungkaran berleluasa di muka bumi ini..program ni anjuran sebuah parti politik, tak mengapalah politik pun..asalkan niat nak mencegah tu ada..berbanding dengan tak buat apa2 langsung! serba-sikit mlm tu aku belajar bagaimana nak menghilangkan rasa tebal muka apabila berurusan dengan "client" (mad'u) yg bermcm2 ragam & perangai ni..perkataan tebal muka (muka seposen..)ni aku timbulkan sbb terpandang seorang volunteer mlm tu memakai t-shirt bertulisan "kami tak tebal muka, utk mencegah maksiat.." lebih kurang gitulah maksudnya..tabik la kat volunteer ni, sambil edar risalah (tugas mlm tu, kalau tak mampu nak slow talk kat mad'u, edar pun takpe..) jadi semakin bersemangat la aku nak menipiskan muka buat keje ni..pekerja da'wah mlm tu sekitar 200-300 orang berbanding puluhan ribu manusia alpa..

nak dipendekkan cerita, program mlm tu tamat pada sebelum 12 mlm disbbkan risalah yg tidak mencukupi.. tp usaha da'wah itu tidak mungkin berakhir di situ sahaja..dengan harapan supaya lebih ramai volunteer yg akan tampil meneruskan usaha murni..aku pulang selepas menikmati keindahan percikan bunga api live..yg ntah berapa kos telah dihabiskn hanya utk memberikan keseronokan yg tak sampai 10 minit tu! (mata aku terpana juga melihat keindahannya..)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...