28 December 2005
Perjalanan Takdir Yang Menakjubkan!
15 December 2005
Terasa ingin berkongsi apa yg telah aku baca dalam sebuah artikel.."Tanda2 kematian orang islam" yg menurut ulama' ia adalah benar cumanya..amalan dan ketakwaan saje yg dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda2 ini.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda2 ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian..beliau menyediakan diriya dgn segala persiapan termasuk mandinya, wudu'nya serta kapannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya Imam Ahmad ibnu Hanbal utk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Tanda2nya ialah :
Tanda 100 hari sebelum mati
Berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dr hujung rambut hingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan2 menggigil umpama lembu yang disembelih jika diperhatikan dgn teliti kita dapati daging tersebut seakan2 bergetar. Tanda ini rasanya lazat (macamane rasenya..) dan akan berhenti apabila kita tersedar akan kehadirannya.
Bagi mereka yg tidak diberi kesedaran atau hanyut dlm kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian ia akan hanyut begitu saje tanpa sebarang manafaat. Dan bagi yang sedar, maka inilah peluang terbaik dan terakhir utk mempersiapkan diri dgn amalan dan urusan yg akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. Kalau dah smp masa ini, fikirkanlah 3 perkara yg boleh kita bawa mati : sedekah jariah, ilmu yg bermanfaat dan doa anak2 yg soleh utk kedua ibubapanya..
Tanda 40 hari
Juga berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan terasa berdenyut2. Pada ketika ini daun yg tertulis nama kita dari pokok yg letaknya di Arash Allah s.w.t akan gugur memberi tanda kematian kita semakin hampir tiba. Maka Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa di mana sahaja (dulu 2 now +1 --> Atid+Raqib+Izrail =3). Akan terjadi malaikat maut ini kan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu. Sekira terasa kehadirannya seseorang itu akan merasa bingung seketika. Kita boleh bayangkan tak, keadaan malaikat maut yg hanya seorang dan bukan hanya mendatangi seorang manusia tetapi ramai lagi manusia2 yg lain. Kuasa Allah s.w.t, kan..tak terjangkau fikiran kita..SubhanAllah!
Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yg diuji dgn musibah kesakitan di mana org sakit yg tak ade selera nak makan tiba2 berselera. Sebab itu ada hadis Rasulullah menyebutkan ingatlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara, antaranya..sihat sebelum sakit! Seminggu dah tak lama dah tu..
Tanda 3 hari
Ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi (antara dahi kanan dan kiri). Kalau dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi byk najis dan ini akan memudahkan urusan orang yg akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tak bersinar lagi dan bagi orang yg sakit hidungnya akan perlahan2 jatuh (lihat dari bahagian sisi). Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar juga di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Kesimpulannya
Apa persediaan kita untuk menghadapi saat itu yg pasti setiap orang akan merasainya. Bagaimana kalau Allah memberitahu manusia itu bila dia akan mati dan keadaan bagaimana dia akan mati.."pada sekian tarikh, hari, jam..aku akan mati dalam kemalangan jalanraya seumpamanya.." tidakkah kita akan lebih bersedia utk menghadapi mati yg dasyat itu..nau'zubillah min zalik! ade yg lebih dasyat dari itu, apabila mati dalam keadaan melakukan ma'siat, malunya kita!
Ingat kembali apa yg Allah telah sebutkan dalam kitabnya, "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati". Kita akan lebih bersedia menghadapinya jika suruhanNya kita laksanakan, laranganNya kita tinggalkan sepenuhnya..& selalulah berdoa supaya kita mati dalam keadaan husnul khatimah..